4 Dis 2009

Mengejar Kesempurnaan...

Tadi mase aku boring tak buat pape...aku bace majalah APO..lawak majalah..terbace satu karya Sireh mengenai Life Journey..so aku nak share ape yang cube dia sampaikan mengenai KESEMPURNAAN.

Semua orang menginginkan kehidupan yang sempurna..
Ada yang ingin kelihatan cantik dan 'sempurna' dalam menjalani kehidupan,
Ada yang ingin memiliki kebijaksaan yang 'sempurna',
Ada yang ingin memiliki perniagaan yang 'sempurna',
Ada juga yang ingin menghasilkan karya-karya yang 'sempurna',
Ada yang mencari pasangan yang 'sempurna',
Ada yang sentiasa menginginkan anak-anak menjadi manusia 'sempurna',
Ada yang ingin 'menyempurnakan' rekod peribadi,
Ada yang sentiasa merubah fizikal semata2 mahukan 'sempurna',
Ada yang mahu pemerintahan yang 'sempurna' tanpa cacat cela,
Boleh kate sumer bende manusia nak 'sempurna'....

Tapi dalam mengejar kesempurnaan dalam kehidupan seharian.......
pernah kah kite temuikan kesempurnaan yang kite cari??
wujudkah dunia yang benar2 sempurna??
seronokkah dunia sekiranya segalanya sempurna??

sekiranya segala bende sempurna....
apakah yang perlu kite cari lagi??
apakah die kehidupan sempurna??
wujudkah manusia yang benar sempurna??
superman pon ade kelemahan yang tersendiri??
miss world yang cun pon ade kelemahannya...

Tanpa Kita sedari....
Kadang-kadang bende yang tak sempurna mampu memberi keseronokkan dan hakikatnya tiada manusia yang sempurna(wallahualam)...Tapi...

Tuhan jadikan kelemahan itu ade sebab dah hikmat yang tersembunyi di baliknya...
Tuhan jadikan manusia pelbagai bentuk dan rupe, pelbagai bangsa dan agama,pelbagai sifat dan warna..Tapi....tetap tiada yang 'sempurna' kerana...

Yang bijaksana akan mengajar ilmunya pada yang muda akalnya,
Yang mampu dan kaya diharapkan dapat membantu yang susah dan derita,
Yang kuat membantu yang lemah,
Yang berkebolehan senantiasa membantu yang serba kekurangan,
Yang jahat pon perlukan nasihat dari yang baik,
Yang baik pon perlukan sesat bagi mempelajari makna hakikat,
dengan kata lain...

manusia saling memerlukan dan ketidaksempurnaan itulah yang menyatukan manusia..
Maka, tidak mungkin akan wujud kehidupan yang 'sempurna' di dunia kerana

'sempurna' itu hanya milik YANG MAHA BESAR.....

1 ulasan:

  1. salam....
    best2...sgt suke entry ni...hehe
    baru are tau hg ade blog...haha

    BalasPadam